RSS
 

Tok Guru akan terus bertanding pilihanraya

03 Feb

KOTA BHARU – “Saya pernah disergah kerana melahirkan hasrat untuk berundur. Saya akan terus bertanding kerana khidmat saya masih diperlukan.”

Demikian pendirian Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang minggu lalu melahirkan hasrat tidak mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum,  juga perlu terus bertanding kerana mempunyai bakat untuk memimpin.

Mengenai pendirian Abdul Hadi itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menambah, beliau tidak boleh berbuat apa-apa tetapi tetap berharap Ahli Parlimen Marang itu akan bertanding di peringkat Parlimen.

Read the rest of this entry »

 

Harimau bukan lawan kijang

02 Feb

HARIMAU Malaya nyata bukan tandingan sebenar, Kelantan apabila menang mudah, 5-0 ke atas juara Liga Super itu dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Lima gol skuad kendalian Datuk K Rajagobal terhasil menerusi Mohd Asrarudin Putra Omar pada minit ke-36, Shahurain Abu Samah (42), S Kunanlan (65), Abdul Hadi Yahya (78) dan Mohd Izuan Salahudin (90).

Skuad Harimau Malaya kini berkumpul dan berlatih sebagai persiapan awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini.

Read the rest of this entry »

 
No Comments

Posted in Sukan

 

TPM lawat Kelantan hari ini

02 Feb

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan sehari ke Kelantan hari ini, dengan mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Kelantan di pejabat UMNO Negeri di sini.

Muhyiddin, yang diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, kemudiaannya mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN) Kelantan di tempat yang sama.

 

YIK beri kerjasama bantuan RM100 kepada pelajarnya

02 Feb

KOTA BHARU 1 Feb. – Yayasan Islam Kelantan (YIK) menafikan pihaknya tidak memberi kerjasama untuk menghantar senarai lengkap pelajar mereka kepada Kementerian Pelajaran sehingga menyebabkan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar tidak dapat disalurkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, YIK awal-awal lagi sudah memberikan senarai nama itu kepada kementerian dan menyerahkan sekali lagi data terkini pada 25 Januari lalu.

“Paling terbaru apabila kita menerima edaran pekeliling daripada pihak kementerian pada 15 Januari yang mahukan senarai nama terkini pelajar sekolah YIK.

Read the rest of this entry »

 

Red Warriors ikat Obinna

01 Feb

KOTA BHARU — Pasukan Kelantan, ‘The Red Warriors’ pada Isnin menandatangani kontrak dengan bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneiri sebagai pemain import bagi terus mengukuhkan kedudukan pasukan itu di persada Liga Super musim ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata pemain berusia 30 tahun itu akan menggantikan Zakaria Charara dari Lubnan yang akan berpindah ke pasukan Kuala Lumpur bagi membantu pasukan tersebut.

Read the rest of this entry »

 

Petronas dipandang tinggi jika bayar royalti Kelantan

31 Jan

KUALA LUMPUR – Petronas sepatutnya mengutamakan tanggungjawabnya di segi perundangan dahulu sebelum melaksanakan tanggungjawab sosialnya, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Menurut beliau, walaupun pembinaan laluan pejalan kaki berhawa dingin yang menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan Bukit Bintang adalah sumbangan yang sangat dialu-alukan, tetapi lebih penting lagi Petronas mengutamakan perlaksanaan tanggungjawabnya di sisi undang-undang.

“Sehingga kini Petronas tidak melaksanakan legal responsibiliti atau tanggungjawabnya di sisi undang-undang dan membayar royalti minyak kepada Kelantan,” katanya.

Read the rest of this entry »

 

Apek komited bantu pasukan negara

27 Jan

PETALING JAYA – Penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menafikan spekulasi dirinya tiada komitmen untuk bermain bersama skuad negara setelah gagal melaporkan diri pada sesi latihan pertama skuad Olimpik yang bermula kelmarin.

Ketiadaan kelibat pemain yang digelar ‘Apex’ oleh rakan sepasukan kerana tidak memaklumkan punca tidak hadir kepada ketua jurulatih, Ong Kim Swee menjadi tanda tanya di kalangan peminat bola sepak tanah air.

Read the rest of this entry »

 

Kelantan berhasrat tarik pelancong dari Perak

25 Jan

KOTA BHARU – Kelantan berhasrat untuk menjalin kerjasama dua hala dengan Perak dalam usaha menarik pelancong ke dua negeri itu sempena program Tahun Melawat Kelantan dan Tahun Melawat Perak tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan menemui Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bagi membincangkan perkara itu.

Read the rest of this entry »

 

Ladang gaharu dan rotan untuk Orang Asli Kelantan

25 Jan

GUA MUSANG — Lebih 7,000 penduduk Orang Asli khususnya di sekitar Gua Musang akan menerima pendapatan lumayan apabila terbabit dengan projek ladang kayu gaharu dan rotan tidak lama lagi.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, setiap mereka akan diberi saham dalam projek itu menerusi penubuhan koperasi.

“Walaupun projek itu masih dalam cadangan, tetapi kerajaan sedang proses untuk meluluskan peruntukan untuk dilaksanakan di kawasan yang sudah dikenal pasti sesuai untuk tujuan berkenaan.

Read the rest of this entry »

 

Bekas mufti Kelantan kembali kerahmatullah

20 Jan

KOTA BHARU – Bekas Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mat Hassan, 76, yang diserang angin ahmar sejak empat tahun lepas, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Atas Banggol, di sini Khamis.

Allahyarham yang berkhidmat sebagai mufti kerajaan negeri sejak 1990 hingga 2007, meninggalkan seorang isteri, Datin Wan Fatimah Wan Ahmad, dan tujuh anak iaitu empat lelaki dan tiga perempuan.

Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebelum memegang jawatan itu, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai guru agama di Sabah sebelum bertugas sebagai Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Read the rest of this entry »